Semporna merupakan antara destinasi yang wajib bagi mereka yang sukakan pulau.Ternyata di Sabah terdapat banyak pulau-pulau di sekitar Semporna yang sungguh cantik dan unik pemandanganya.Malahan pelancong dari seluruh dunia datang ke sini untuk menikmati keindahan Borneo yang sebenar. 

Jom ketahui senaraikan 6 pulau yang popular di sekitar Semporna yang anda boleh kunjungi.

1). Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey dulang merupakan sebuah pulau karang kecil yang terletak di Sabah, Malaysia. Ia terletak dalam Taman Marin Tun Sakaran.Untuk sampai ke Bohey Dulang, pelancong boleh menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan di pekan Semporna dan mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai ke destinasi. 

Sumber Photo : Google

2).Pulau Sipadan 

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah,Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.

Image result for 2).Pulau Sipadan 
Sumber Photo : Google

Ini adalah pulau yang indah yang merupakan percutian yang sempurna. Pelancong boleh melihat kura-kura dan terumbu karang apabila snorkeling, berenang atau menyelam. Terdapat 3,000 spesies ikan di kalangan spesies karang berwarna-warni.

3).Pulau Mabul 

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Sabah. Pulau ini kecil, melengkung dan terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin.Dasar yang tidak dalam amat sesuai untuk melakukan aktiviti scuba diving.

Image result for Pulau Mabul
Sumber Photo : Google

Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot.Terdapat pelbagai hidupan eksotik di kawasan scuba seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam dan rumpai laut.

4).Pulau Kapalai

Kapalai adalah salah sebuah pulau percutian yang terkenal di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai pulau resort selaman skuba.

Pulau Kapalai, hanya terletak 15 minit jauh perjalanan dari Pulau Sipadan, merupakan sebuah pulau terindah yang telah diterokai sejak 200 tahun yang lalu, namun kini ia lebih popular dengan kecantikan pasir pantainya yang putih bersih.

Sumber Photo : Google

Berikutan hakisan pasir pantai oleh ombak dan peningkatan aras laut yang semakin ketara, aras ketinggian pulau ini semakin lama dilihat semakin merosot, kini rumah perkampungan terapung hanya terletak diatas lebihan Terumbu Karang Ligitan sahaja.Semua bangunan dan resort yang dibina kini hanya mempunyai tiang pasak dibawah air sahaja.

5).Pulau Pom Pom

Pulau ini terletak di dalam lilitan 2.3 km di garisan air pasang dan terdapat terumbu karang sepanjang 4 km panjang di dasarnya. Pulau ini adalah pasir rata dengan ketinggian maksimum kurang daripada 2m di atas garis HT .

Sumber Photo : Google

Pulau ini mempunyai pantai karang pasir berwarna putih dan merupakan tapak lokasi penting untuk Green dan Hawksbill sejenis penyu bersarang dan bertelur.Pulau ini tidak mempunyai kampung, kesan manusia yang minimum, tiada pencemaran dan merupakan salah satu destinasi menyelam yang popular di daerah Semporna.

 6) Pulau Sibuan

Pulau ini pernah menjadi tumpuan diver a.k.a penyelam sebelum Pulau Sipadan dan pulau-pulau lain menjadi terkenal.Pulau ini terletak di dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.

Sumber Photo : Google

Kesimpulan

Di Sabah mempunyai pelbagai tempat menarik terutamanya pulau-pulau yang sangat unik dan cantik.Amatlah rugi kepada yang tidak melancong ke Sabah kerana kazanah di Sabah sangatlah menarik dan sangat memuaskan hati kepada pelancong untuk menikmati percutian ketika berada di Sabah.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here