Pertanian merupakan salah satu dari sumber yang dekat dengan kehidupan kita.
Tentu sekali, ada diantara kita dilahirkan dari keluarga petani dan kita seharusnya berbangga kerana kita sentiasa berjasa dengan alam semula jadi kita.

Baru-baru ini, admin sempat bertemu dengan pihak KB Agro Tech iaitu sebuah syarikat bioteknologi dalam bidang kultur tisu tumbuhan. Menghasilkan dan membekalkan produk benih tumbuhan yang dihasilkan dengan teknik kultur tisu. Syarikat ini juga menawarkan Pakej Agro-Edu dan Agro-Pelancongan untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar sekolah dan juga masyarakat agar teknologi ini dapat diterapkan dan dipraktikkan.

APA YANG MENARIK DITAWARKAN OLEH KB AGRO TECH?

Mereka menghasilkan pelbagai benih pisang seperti Pisang Saba, Berangan, Tanduk, Pisang nangka, Pisang Cavendish dan lain-lain. Benih ini memiliki ciri-ciri sihat, bebas penyakit dan berkualiti serta menghasilkan buah yang relatif lebih awal berbanding dengan kaedah tradisional menggunakan sulur.


Mereka juga menawarkan Kursus dan Latihan Kultur Tisu Tumbuhan kepada orang awam khususnya petani-petani yang ingin mengetahui lebih mendalam kaedah dan teknik kultur tisu tumbuhan khususnya pisang.

Mereka juga menawarkan Pakej Taklimat dan Demo kepada pelajar-pelajar sekolah. Ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk menghasilkan bahan tanaman yang terkini seterus menanam budaya menanam pokok dari peringkat sekolah lagi.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai KB Agro Tech ini, anda boleh berkunjung ke laman web mereka kbagrotech.com dan jangan lupa like page mereka ya. Anda juga boleh menghubungi mereka secara terus melalui no.tel 0138844955.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here